Monday 8 August 2011

First Ramadan

Assalamualaikum semua...

Apa khabar anda??harap2 sihat..bagaimana dengan puasa pula??ada tinggal ke??hehe
ok la..jgn buang masa dengar aku bercerita..eh silap..baca cerita aku...
untuk first ramadhan tahun ini, aku telah demam selepas pulang dari kelas pada pukul 3 petang..

Pada mulanya aku hanya pening sahaja..then lepas balik kelas aku pun ingin berehat(tidur)..tidur punya tidur kepala aku makin berat & badan aku semakin panas..aku seudah fikir aku hendak demam...disebabkan aku tidak larat, aku teruskan tidur sambil meneruskan puasa..alang2 hendak buka puasa sebab hanya tinggal beberapa jam je lagi..
 
Aku tidak larat hendak bangun & hanya berharap aku cepat sembuh je..aku teruskan tidur sehingga waktu berbuka..tetapi malangnya perut aku masuk angin dan tidak mempunyai selera makan..berbuka pada hari pertama aku hanya sekadar meneguk air je, then aku sambung tidur kembali sehingga sahur pagi esoknya..sepanjang aku tidur aku keluarkan peluh dari tubuhku agar demam aku surut..
 
Pada jam 3 pagi aku terjaga dari tidur..Alhamdulillah panas aku surut dan keadaan aku beransur pulih.. sudah alang2 aku terjaga aku bersahur sebab tak nak bangun lagi & ingin meneruskan rehat..pada waktu ini baru aku mempunyai selera untuk makan..
 
Itulah pengalaman aku yang sakit pada hari pertama puasa pada tahun ini..tetapi itu tidak melemakan semangat aku untuk meneruskan puasa..sehingga hari ini, hari kelapan puasa aku tiada tinggalkan puasa lagi..alhamdulillah..kerana aku ingin puasa penuh pada tahun ini..doakan aku berjaya..amin..

Sunday 7 August 2011

menjadi Buruh..

Assalamualaikum..

setelah post aku yang pertama, baru hari ini aku berkesempatan untuk bercerita lagi di blog aku ini...
kali ini aku menjadi buruh..hehe..bajet je..sebenarnya aku serta kawan aku telah melakukan kerja di rumah kawan aku yang bernama Muhammad Alif bin Bohari..
kerja kami adalah untuk mendirikan semula tiang2 kebun mak alif yang telah patah akibat dilanggar oleh sekumpulan lembu..
tetapi kami cakap kat orang lain kami 'renovate' rumah kawan kami..haha..menipu kawan2 yang lain...baru gempak sikit..
ok la..kita sambung cerita semula..kerja kami bermula seawal 8.30 pagi..dengan tidak mandinya, tetapi kami berus gigi & basuh muka pergi mengangkut pasir dan simen untuk dibancuh..
Aku menabur simen...sambil dibancuh dengan sebati oleh Alif

Tukar org lain pula..

Simen da nak siap ni..tetapi perlu dibancuhkan secukupnya..
Inilah hasil simen yang da siap dibancuh..


Potong bekas minyak tu elok2

Hasilnya....
 Setelah selesai kerja, kami jadi budak2 pulak..haha..hendak tahu pe yang kami lakukan???
lihat gambar di bawah ini..
Fasa pertama membina istana pasir..


ratakan pasir..mereka bentuk tuk istana pasir

inilah istana kami..haha

Kami la perekanya...hehe








Itulah aktiviti aku dirumah kawan aku..sepatutnya buat kerja kami buat istana pasir...hehe..tetapi apa pun kami telah siapkan kerja kami...sekian cerita aku untuk kali ini..nantikan cerita aku yang selanjutnya...
Tata...


 





Monday 25 July 2011

First Time...

Assalamualaikum..

Tak sangka aku ada blog juga akhirnya sedangkan tidak pernah terfikir untuk aku mengadakan blog nie..tetapi hendak buat bagaimana??
kena buat juga..

betul ke ayat aku ini??lain macam bunyinya..
otak tengah jem malam nie sebab tiada idea..kerana kebiasaannya aku hanya menjenguk blog kawan-kawan aku   

sahaja tetapi kali ini aku ada blog sendiri pula..
susah rupanya hendak melahirkan idea untuk menaip di blog ini..
akhirnya aku dapat merasa penderitaan untuk menaip di blog ini ketika tiada idea..
ish...ish...
ok la..ini sahaja la ucapan mukadimmah aku pada malam ini..ada masa blog aku ini akan di update..

aku memohon maaf jikalau ayat aku ini tunggang langgang..harap kepada yang mengikuti perkembangan blog aku nie dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada aku supaya dapt menghasilkan hasil tulisan yang baik di blog ini..
mohon tunjuk ajar dari kalian semua..